Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang

Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang

Image
'Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang'-Azizi Ali

ISBN : 9789674160791
Penerbit: Truewealth Sdn Bhd
No. Panggilan: HG3751.A959 2007
Tahun Diterbitkan: 2007  (Edisi Ke-3 2017)
Mukasurat: 47
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=43760

Apa yang menarik berkenaan buku ini bukan sahaja pada tajuk tetapi pada kulit buku dan juga kandungan. Buku yang nipis dan padat!.

Selaku peminat karya tulisan Azizi Ali, saya memang sangat sarankan para pembaca membacanya. Bahkan, jika boleh jadikan koleksi di rak buku koleksi peribadi anda kerana ia berkaitan pengurusan kewangan yang relevan untuk rujukan. Buku yang saya  utarakan ini adalah edisi ke tiga dan percetakan tahun 2017. Manakala buku yang berada di perpustakaan adalah cetakan 2007. Sedikit pertambahan pada lampiran dan bilangan mukasurat sahaja.

Buku ini mengandungi 12 tajuk dalam 56 halaman. Ternyata ia ringkas dan padat. Sesuai dijadikan asas berkaitan pinjaman perumahan. Antara tip yang disarankan untuk menjelaskan hutang pinjaman perumahan dalam waktu yang singkat adalah:

  1. Bayar sebaik sahaja mendapat wang pinjaman (jangan lengahkan).
  2. Lebihkan sedikit bayaran bulanan.
  3. Bayar setiap dua minggu dan bukannya bulanan
  4. Bayar awal (sebelum tarikh matang)
  5. Bayar pinjaman bila anda ada lebihan
  6. Kekalkan bayaran yang sama walapun kadar faedah telah jatuh
  7. Tingkatkan jumlah bayaran bila gaji anda naik
  8. Jual barang yang tidak dipakai dan gunakan wang tersebut untuk membayar pinjaman
Selain dari panduan yang diberikan di atas penulis juga menulis berkaitan sumber-sumber pinjaman, jenis pinjaman serta beberapa topik lain yang membantu pembaca memahami berkaitan pinjaman perumahan.

Dari kaedah yang ditulis di atas, saya telah laksanakan enam dan Alhamdulillah ia sukses untuk saya. Mungkin ia juga sesuai untuk anda.

“Selamat membaca dan beramal!”

Pautan Video (VLog)

Image
Ulasan buku oleh:
Pn.
Siti Aishah Binti Ghani, Timbalan Ketua Pustakawan

Print   Email