Pahang, Koi Datang

Pahang, Koi Datang

Image
'Pahang, Koi Datang!'- Khazimi Pahmin

ISBN   : 9789670591834
Penerbit   : Lejen Press
No. Panggilan  : NC1720.M4 K43 2017 k
Tahun diterbitkan  : 2017
Muka surat   : 109 muka surat
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=86478

Pahang, Koi Datang! merupakan sebuah buku travelog ke negeri Pahang. Uniknya buku ini kerana ia berbentuk ilustrasi komik dan menggunakan gaya bahasa santai untuk menarik perhatian pembaca. Penulis menceritakan pengalaman beliau selama 11 hari 10 malam, menjelajah ke seluruh daerah di Negeri Pahang bermula dari Genting Highlands hinggalah ke Pulau Tioman.

Penulis menceritakan tempat dan lokasi menarik untuk dikunjungi serta aktiviti boleh dilakukan di tempat tersebut. Selain itu, disertakan juga tempat makan menarik dan popular di setiap daerah yang dilawati antaranya ialah masakan patin tempoyak di Temerloh dan Restoren Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Jadi kepada sesiapa yang nak mengembara ke negeri Pahang bolehlah jadikan buku ini sebagai panduan travel anda.
Image
Ulasan buku oleh:
Cik Rohaida Mohamad Idaris, Pustakawan Kanan

Print   Email