Be Strong

Be Strong

Image
'Be Strong'-Bonda Nor ; editor by Noraina Norani

ISBN  : 9789830976051
Penerbit   : Galeri Ilmu
No. Panggilan  : BP174 .B66 201
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat  : 190
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88241


 
Kau gagal
ALLAH hantar bantuan
Kau luka ALLAH sembuhkan
Kau takut apa kalaukau ada Tuhan?

Pada kulit buku, tertera kata-kata penulis dalam bentuk nota/monolog. Tanpa perlu banyak berfikir, kata-kata yang jelas menegur dan membuat pembaca tersedar siapa kita tanpa Allah pencipta kita

Antara kandungan yang terkesan; jika kita diuji, kita susah, kita perlu bantuan atau sedih. Jangan minta pada manusia, mintalah pada dia pencipta kita. Cepat atau lambat, insya-allah bantuan akan tiba dalam pelbagai cara dari sesiapa sahaja. Yakinlah Allah ada....

Penulis memulakan setiap bab dengan nasihat dalam bentuk status di twitter,  diteruskan dengan penceritaan dan nasihat dengan contoh-contoh yang mudah dan dekat dengan kita walau siapa pun yang membaca.

Setiap bab tidak panjang berjela, kadang hanya dua muka sahaja. Font yang sesuai tidak terlalu kecil dengan illustrasi yg menarik terutama catatan dari status twitternya.

Mungkin banyak buku motivasi/nasihat diluar sana. Buku ini ada istimewanya tersendiri. Tidak rugi kalau membacanya, insya-allah moga bermanfaat.

“Fitrah manusia tidak sempurna, selalulah muhasabah dan kembali kepadaNYA....itulah SEBAIK-BAIKNYA”
Image
Ulasan buku oleh:
Cik Amelia Hasan, Pustakawan Kanan

Print   Email