Uji anak anda : bagaimana mengetahui dan mengukuhkan potensi sebenar anak anda

Uji anak anda : bagaimana mengetahui dan mengukuhkan potensi sebenar anak anda

Image
Uji anak anda : bagaimana mengetahui dan mengukuhkan potensi sebenar anak anda’ - Miriam Stoppard

ISBN    : 9837202777
Penerbit   : DORLING KINDERSLEY
No. Panggilan : BF722.576.2007
Tahun diterbitkan  : 2007
Muka surat   : 189
URL efind  : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=75469
Sebagai ibu bapa, adalah dipertanggungjawabkan memainkan banyak peranan dalam hidup anak- anak seperti mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan meransangkan. Buku ini menjawab semua persoalan ibu bapa cara terbaik untuk membantu anak- anak belajar. Terdapat  7 tajuk di dalam buku ini.

Ibu bapa sebagai guru kepada anak- anak perlu pandai menetapkan matlamat yang sepadan dengan keupayaan mereka dan menjadi tauladan contoh yang baik. Penulis turut memberi  idea- idea untuk permainan, aktiviti – aktiviti bermain yang menggalakkan sifar ingin tahu, pengujikajian dan kecekapan. Turut dikongsikan tips menangani  anak-anak istimewa seperti autistik, gagap dan cacat tubuh badan.

Terbuktilah  bahawa pembelajaran boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan anak- anak bergantung kepada kemampuan pengajaran  oleh ibu bapa.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Farhana Bt. Zainuddin, Pembantu Tadbir

Print   Email