I’m a backpacker: journal USA 80 000 km kemudian

I’m a backpacker: journal USA 80 000 km kemudian

'I’m a backpacker: journal USA 80 000 km kemudian' - Hannah On Earth

ISBN : 9789673693887
Puteh Press
No. Panggilan: G 465 .H36 2018 k c.2
Tahun diterbitkan : 2018
Mukasurat: 219
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89741

Pengulas :
Pn. Sharifah Nazirah Syed omar, Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Hannah On Earth atau nama sebenarnya Hadhinah Fawwazah Nasaruddin merupakan seorang pengembara sepenuh masa di Amerika Syarikat kelahiran Sandakan, Sabah.

Buku ini merupakan satu buku travelog yang berbeza dengan siri buku ‘I am a Backpacker’ yang lain. Jalan penceritaan buku "Journal USA" ini lebih kepada naratif penulis bermula pengalaman melancong beliau secara sendirian ke Phuket sehinggalah berkahwin dan menetap di negara suaminya, Amerika Syarikat.

Tanah besar Amerika Syarikat terdiri daripada 48 negeri yang dipanggil Lower 48 atau Contigous 48. Kemudian 48 negeri pula terbahagi kepada 4 bahagian iaitu The West, The South, The Midwest dan The Northeast. Selain daripada tanah besar, terdapat 2 lagi negeri Noncontigous iaitu Hawaii dan Alaska. Sebanyak 27 negeri berserta maklumat tempat-tempat yang meninggalkan kesan di hati penulis telah dikongsi melalui pengalaman dan tips yang mudah difahami dan gambar-gambar menarik.

Pengalaman dan hasil bacaan saya dari buku ini telah mendedahkan pembaca yang mana ramai di antara kita tidak pernah mengetahui atau mendengar banyak tempat menarik di Amerika Syarikat. Terdapat begitu banyak kawasan luar bandar yang patut diterokai dan dikunjungi di Negara Uncle Sam. Seperti ayat terakhir penulis dalam buku ini : "Saya berharap buku ini berjaya membuka mata dan mengubah fikiran kita tentang Amerika Syarikat." Buku ini berjaya menyangkal segala tangkapan buruk, pendapat dan stigma Amerika Syarikat dalam tertanam masyarakat kita yang berbeza dari media massa dan filem seperti gaya hidup, hiburan dan sebagainya.

Kesimpulannya, buku ini bukan sahaja padat dengan informasi berkaitan dengan tempat-tempat menarik, merancang jenis pengangkutan yang perlu dinaiki untuk ke tempat menarik, memilih penginapan dan tempat makan serta lain-lain lagi tetapi mampu membuka mata bagi sesiapa yang belum pernah datang ke Amerika. Aldous Huxley pernah berkata “To travel is to discover that everyone is wrong about other countries”. Bagi pengembara yang ingin mengembara atau baru mula merancang untuk ke Amerika Syarikat, buku ini adalah bahan penting bagi persediaan awal untuk memastikan perjalanan tersusun dan mengikut masa yang dijadualkan.
Rujukan

Hannah On Earth. (2018). I'm a Backpacker Journal Usa: 80 000km Kemudian. Puteh Press, an imprint of Open Bridge Publications.

Farouq Johari. (2016, March 4). Dulu Hidup Miskin Dengan hanya RM25 sebulan, Kini 'Hannah on Earth' Jadi Pengembara dunia. SAYS. Retrieved December 24, 2021, from https://says.com/my/seismik/hannah-on-earth-bukan-datang-dari-keluarga-berada

Print   Email