I’m a backpacker: Germany

I’m a backpacker: Germany

'I’m a backpacker: Germany' - Khairul Abdullah

ISBN : 9789673693573
Puteh Press
No. Panggilan: GV 199.6 .K43 2017 k c.2
Tahun diterbitkan : 2017
Mukasurat: 216
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88632

Pengulas :
Pn. Sharifah Nazirah Syed omar, Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Adakah anda mahu melancong ke Jerman atau berminat untuk melakukan jelajah ke Eropah tapi tiada panduan?

Buku ini merupakan satu rujukan lengkap dengan sejarah, pantang larang, tips-tips serta terdapat panduan asas bahasa jerman bagi mereka yang merancang dalam masa terdekat untuk melakukan kembara ke Jerman atau ke serata Eropah.

Buku ini telah diterbitkan oleh Puteh Press pada tahun 2017 dan telah ditulis oleh Khairul Abdullah. Penulis ini berasal dari Baling, Kedah. Selain daripada menulis, beliau juga merupakan seorang pereka, juru gambar bebas dan penceramah bebas yang sering dijemput ke sekolah dan universiti serta institusi lain di seluruh negara untuk berkongsi tentang pengembaraan dan juga memberi motivasi serta berkongsi pandangan dan pengalaman beliau.

Di dalam buku ini, penulis ada menyatakan ada beberapa sebab mengapa Jerman perlu dilawati oleh pelancong dan pengembara backpacker:

1. Negara yang mempunyai ekonomi, kekuatan politik dan teknologi paling maju.
2. Jerman menawarkan pemandangan empat musim yang cantik.
3. Negara mempunyai teknologi dan kualiti tinggi.
4. Tinggalan perang iaitu tembok Berlin masih dapat dilihat.
5. Mempunyai ‘autobahn’ atau lebuh raya tanpa had laju.
6. Negara pengeluar kereta terbesar dunia.
7. Sukan bola sepak Bundesliga bagi pasukan kelab popular seperti Bayern Munich, Borrusia dan sebagainya.
8. Terdapat istana lama dipanggil Neuschwanstein Castle yang menjadi inspirasi istana Disneyland.

Buku ini mempunyai lima bab merangkumi pengenalan negara Jerman daripada aspek bahasa, mata wang yang digunakan, musim-musim di Jerman, waktu yang terbaik untuk melawat, pengangkutan, penginapan, kemahiran survival ketika di Jerman sehinggalah pulang ke tanah air serta senarai pendek lokasi yang wajib dilawati apabila melancong ke Jerman yang digarap oleh penulis dengan gaya yang santai dan mudah difahami pembaca. Melalui buku ini juga, pembaca boleh mendapat gambaran awal tentang tempat yang bakal dijelajahi.

Seperti disampaikan oleh Ibnu Battuta ‘’kembara membuatkan kita hilang kata-kata, namun kemudian menjadikan kita seorang pencerita’’, buku ini merupakan panduan yang wajib dimiliki oleh pengembara backpacker, dan pelancong yang baru merancang dan mahu mengembara atau ke benua Eropah dan melawat ke Jerman.
Rujukan

Khairul Abdullah. (2019, November 17). About Khairul Abdullah: Khairul Abdullah. / Entahlah I Dont Know. Retrieved December 24, 2021, from https://khairulabdullah.com/about/

Khairul Abdullah. (2017). I'm a backpacker Germany. Puteh Press.

Print   Email