Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha

Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha

'Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha'- Hamka Kereta Mayat

ISBN : 9789671349892
Penerbit: Sentap Press Sdn. Bhd
No. Panggilan: BP170.85 .H36 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 283
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89621

Pengulas :
Pn. Neng Sury Binti Sulaiman, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Sejak dahulu hingga sekarang umat muslim meyakini bahawa pada akhir zaman nanti muncul seseorang yang ditakuti oleh semua orang kecuali bagi yang benar-benar bertakwa, dia adalah Dajjal. Perihal kemunculan Dajjal pada akhir zaman telah dijelaskan baginda Rasullullah SAW ketika masih hidupnya. Dajjal adalah seorang lelaki yahudi dengan ciri-ciri fizikal pendek, gemuk, berkulit merah dan berambut keriting. Dajjal itu buta matanya sebelah kiri dan di dahinya terdapat tulisan ka fa ra.

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan Kiamat besar. Ianya ditulis secara imbas ke masa hadapan (Flash Forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapi oleh semua orang sebelum kiamat besar.

Penulis menulis dalam bentuk cerita-cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaannya untuk semua umat manusia. Fitnah dajjal yang kecil juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.

Pengulas merasakan, buku ini amat sesuai untuk semua golongan sebagai panduan dan rujukan kepada semua. Gaya bahasa yang mudah difahami serta tidak membosankan.

Print   Email