Men Of Honor

Men Of Honor

'Men Of Honor'- George Tillman Jr

ISBN : 9780451409744
Penerbit: Bill Badalato, Robert Teitel
No. Panggilan: dvd PN1997 .M46 2002
Tahun diterbitkan : 2000
Tempoh tayangan : 2jam 9minit
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=10503

Pengulas :
En. Hairilamri Ibrahim, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Men of Honor adalah sebuah filem bergenre drama yang diterbitkan pada tahun 2000. Filem ini diadapatasi dari kisah benar seorang lelaki Afrika-Amerika bernama Carl Brashear yang merupakan penyelam berkulit hitam pertama di dalam Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat yang berasal dari keluarga miskin dan ayahnya seorang petani. Carl Brashear telah meninggalkan tempat dia membesar selama hidupnya di Kentucky dan dimasukkan ke angkatan laut oleh ayahnya kerana tidak mahu Carl berakhir seperti dirinya dan ayahnya berpesan agar Carl tidak pulang selagi dia tidak berjaya. Namun harapan untuk bekerja di angkatan laut tidak seperti apa yang beliau harapkan kerana pada hakikatnya orang berkulit hitam hanya dijadikan sebagai kuli di sana.

Dia bermula sebagai tukang masak di dalam Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat yang ternyata jauh meleset dari apa yang beliau harapkan semasa diterima dalam angkatan tersebut. Namun pada waktu lapang dimana anggota tentera berkulit putih sedang santai berenang pada hari yang dikhaskan untuk mereka yang berkulit putih sahaja, tiba-tiba Carl terjun untuk berenang bersama mereka. Perkara ini membuatkan pegawai marah dan cuba untuk mengejar Carl di dalam air tetapi tidak berjaya kerana ternyata Carl lebih laju berenang.

Kehebatan Carl berenang telah diperhatikan oleh Panglima angkatan tenteranya dan beliau telah mengusulkan supaya Carl masuk ke sekolah menyelam. Ianya menepati dengan cita-cita Carl yang mahu menjadi seorang ‘Master Chief’ satu pangkat tertinggi dan disegani dalam kumpulan perenang Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Tiba di sekolah menyelam tersebut, Carl menerima layanan buruk bukan hanya dari murid-murid sekelasnya , tetapi juga dari pengajar dan kapten yang bernama Billy Sunday. Dibawah kapten Billy Sunday seorang mantan ‘Master Chief’ yang dihormati, Carl menjalani latihan demi latihan keras untuk mencapai cita- citanya. Hari demi hari dilewati Carl dengan segala makian, penderaan dan sikap tidak menyenangkan dari orang-orang di sekitarnya, terutama Billy. Hal ini bertambah parah dengan nilai ujian Carl yang mengecewakan.

Walaupun keras kepala dan sombong, Billy telah berubah menjadi pendukung setia Carl. Hingga akhirnya Carl lulus ujian, dan mendapat pekerjaan yang setara dengan anggota tentera kulit putih yang lain. Malah Carl pun dianugerahkan gelaran ‘Master Chief’ serta mendapat penghargaan berkat jasanya, walaupun beliau telah kehilangan sebelah kakinya dalam operasi pencarian nuklear di dasar laut.

Demikianlah ulasan cd filem Men Of Honor, semoga dengan ulasan singkat dan sederhana ini dapat berguna atau manfaat untuk kita semua.

Print   Email