Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat

Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat

'Perang Arab Israel Selagi Belum Kiamat’'- Sabaruddin Hussein

ISBN : 9789673661527
Penerbit: PTS Islamika
No. Panggilan: DS119.7 .S23 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Mukasurat: 214
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=95468

Pengulas :
En. Mohd Fazaldin Abdul Latif, Pembantu Pustakawan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Buku ini mengisahkan tentang sejarah perang dunia Islam yang melibatkan musuh tradisi negara Islam iaitu Israel. Umat Islam di seluruh dunia sudah lali akan kekejaman tentera Israel terhadap negara-negara Islam seperti Palestin.

Kandungan buku ini merungkaikan akan sejarah dari mula tertubuhnya negara Israel iaitu penghijrahan bangsa Yahudi ke Palestin serta bagaimana perang-perang besar di tanah Arab yang melibatkan gabungan negara-negara Arab dan Israel ini berlaku.

Sepanjang penceritaan yang ingin didedahkan oleh penulis di dalam buku ini pembaca akan melihat bagaimana strategi perang yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak, kelemahan dan kekuatan pasukan ketenteraan, agenda politik yang mencetuskan konflik antara negara-negara Arab serta suasana dan harapan buat umat Islam dalam mendepani peperangan yang seakan-akan tiada penghujungnya selagi belum kiamat.

Kupasan oleh penulis amat menarik dan mempesona untuk para pembaca dalam mendalami sejarah-sejarah Islam yang kesannya sampai sekarang masih terasa.

Print   Email