Panduan Pertolongan Cemas kepada Bayi dan Kanak-kanak

Panduan Pertolongan Cemas kepada Bayi dan Kanak-kanak

'Panduan Pertolongan Cemas kepada Bayi dan Kanak-kanak'- Mohd Azmani Sahar, Norsham Juliana Nordin & Nur Iqmaliza Akmal Mohd Kamal

ISBN : 9789674407254
Penerbit: Penerbit USIM
No. Panggilan: RC86.7 .A96 2020
Tahun Diterbitkan: 2020
Mukasurat: 32
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=94743

Pengulas :
En. Norazli Othman, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Buku ini merupakan panduan asas yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa dan penjaga bagi mengurangkan kesan buruk kemalangan dan kecelakaan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Aspek keselamatan dan kesihatan perlu dititikberatkan bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Panduan ini juga menyenaraikan langkah pencegahan dan pengesanan awal bagi penyakit dan kecederaan tertentu serta mengenal pasti beberapa kaedah yang perlu dilakukan semasa bantuan awal kecemasan.

Terdapat 21 jenis kemalangan, kecederaan dan penyakit yang melibatkan kanak-kanak. Selain itu, buku ini turut menjelaskan langkah-langkah awal yang boleh diambil oleh ibu bapa sebelum bantuan sampai. Contohnya Bab 19 menjelaskan langkah-langkah awal yang perlu diambil sekiranya kanak-kanak terlibat dengan kecederaan melecur. Antara langkahnya adalah pastikan kanak-kanak berada ditempat yang selamat, tanggalkan pakaian yang terbakar. Sekiranya pakaian yang terbakar melekat pada kulit pesakit biarkan sahaja sehingga bantuan sampai. Selain itu, segera alirkan pada air yang bersih dan elakkan meletakkan bahan-bahan seperti marjerin, minyak rambut atau ubat gigi.

Kesimpulannya, buku ini perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa atau penjaga supaya dapat mengurangkan kecederaan pada kanak-kanak. Selain itu, buku ini boleh dijadikan panduan dan ilmu asas pertolongan cemas.

Print   Email