Vaksin : antara babi, yahudi dan konspirasi

Vaksin : antara babi, yahudi dan konspirasi

'Vaksin : antara babi, yahudi dan konspirasi'- Prof Dr. Azizi Ayob

ISBN : 9789674810399
Penerbit: Publishing House Sdn. Bhd.
No. Panggilan: RA638 .A95 2017 Tahun diterbitkan : 2017
Tahun Diterbitkan: 2017
Mukasurat: 152
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87892

Pengulas :
En. Norazli Othman, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Buku ini ditulis oleh Prof Dr. Azizi Ayob yang merupakan seorang doktor perubatan dan farmakologi yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidangnya. Terdapat 15 bab dalam buku ini yang dikupas dengan begitu jelas dan mudah di fahami.

Penggunaan vaksin bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat malah ia telah digunakan sejak 300 tahun yang lalu. Terdapat pandangan negative terhadap vaksin sehingga ada pihak yang enggan mengambilnya. Pada hakikatnya vaksin merupakan sesuatu yang baik untuk membendung penularan penyakit yang mampu mengancam nyawa manusia.

Kaedah rawatan menggunakan vaksin amat berkesan terhadap penyakit yg tidak mempunyai penawar atau ubat. Sekelompok masyarakat yang terdedah kepada penyakit perlu divaksin mengikut dos yang telah ditetapkan oleh pakar perubatan. Sekiranya hanya segelintir individu yang mengambil vaksin dalam sesuatu Kawasan, maka imuniti kelompok tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlu mencapai tahap capaian vaksin 90% di kalangan penduduk bagi menutup ruang virus ataupun bakteria berkembang.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama telah menetapkan hukum bagi setiap vaksin yang berada di pasaran. Ini dapat mehilangkan kebimbangan masyarakat terhadap status halal dan haram setiap vaksin.

Kesimpulannya, buku ini sangat berguna sebagai sumber rujukan kepada semua masyarakat khususnya dalam menangani ancaman virus berbahaya COVID-19. Terima kasih penulis buku.

Print   Email