Jawatankuasa EKSA Perpustakaan Laksana Program ‘ Butik PGS Raya’

Jawatankuasa EKSA Perpustakaan Laksana Program ‘ Butik PGS Raya’

Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perpustakaan UMP telah melaksanakan Program ‘Butik PGS Raya’ bermula April ini. Butik Preloved Give & Sale (PGS) yang membawa tema “Raya Meriah Dengan Kami! ” akan berlangsung pada April sehingga Jun 2023.

Butik PGS dikendalikan oleh Jawatankuasa Kelestarian EKSA Perpustakaan yang turut melibatkan ahli jawatankuasa lain dan staf perpustakaan bagi menguruskan beberapa fasa pelaksanaan seperti mengumpul dan menempatkan sumbangan barangan terpakai di ruang yang telah ditetapkan. Butik PGS menempatkan barangan terpakai seperti baju kurung, jubah, baju melayu, blaus, tudung, seluar, skirt dan pakaian kanak-kanak yang masih masih elok digunakan dan dijual dengan harga serendah RM2. 

Program ini dilaksanakan bagi membudayakan amalan memberi dan guna semula di kalangan warga perpustakaan. Selain itu, ia juga sebagai usaha memberi kesedaran bahawa setiap barangan terpakai yang masih elok masih mempunyai nilainya dan dapat dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.
Image
‘Butik PGS Raya’ berlangsung di Lobi Utama Perpustakaan Kampus Gambang mendapat sambutan yang baik dalam kalangan warga UMP terutamanya pelajar yang hadir ke perpustakaan. Bahkan program ini juga mendapat maklumbalas yang positif dari pelajar-pelajar yang telah membeli kerana barang yang masih cantik dan elok dipakai dijual dengan harga yang rendah.

Pihak Jawatankuasa Kelestarian mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf yang telah menyumbangkan barangan terpakai bagi menjayakan Program ‘Butik PGS Raya’ dan juga kepada staf yang aktif memberikan kerjasama, bantuan dan sokongan bagi menjayakan program ini. Buat masa ini sumbangan barangan diterima dari warga perpustakaan dan turut dibuka kepada warga UMP sekiranya ingin turut menyumbang. Maklumat lanjut mengenai sumbangan barangan melalui pautan di bawah:

Image
Image
Disediakan oleh:


Nor Farhana Binti Abdul Kadir
Pembantu Pustakawan /
Ketua JK Kelestarian EKSA, Perpustakaan Gambang
Disunting oleh:


Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa,
Super Senior Library Assistant

Cetak   Emel