Image

Panduan Sitasi

  • Sitasi
Sitasi adalah cara mengenal pasti dan mengesahkan karya terbitan orang lain yang digunakan untuk menyokong penyelidikan anda. Selain memberi kemudahan kepada penyelidik untuk mencari sumber karya, ianya juga merangkumi maklumat bagi setiap sumber rujukan yang anda rujuk untuk mendapatkan idea serta menghasilkan penulisan. Sitasi membantu mengelakkan berlakunya plagiat.
  • Petikan Dalam Teks
Pengiktirafan yang diberikan kepada individu untuk karya kreatif dan intelektual mereka yang anda gunakan untuk menyokong penyelidikan anda.
  • Rujukan
  • Biasanya terdapat di akhir teks (esei atau laporan penyelidikan) dan senarai rujukan hanya terdapat di dalam kandungan esei atau penyelidikan itu sahaja.
  • Disusun mengikut abjad
  • Gaya Sitasi
  • Gaya sitasi menentukan maklumat yang diperlukan untuk petikan, bagaimana maklumat tersebut disusun dan format apa yang harus diikuti.
  • Secara amnya, gaya sitasi yang digunakan mengikut bidang kajian anda. Anda boleh merujuk pensyarah atau penyelia untuk mengenal pasti gaya sitasi yang harus digunakan untuk tugasan. Beberapa gaya sitasi yang biasa digunakan seperti di bawah:
  1. APA Style
  2. IEEE Style
  3. MLA Style
  4. Harvard Style
  5. Chicago Style
UMP menggunakan Manual Penerbitan APA (6th ed., 2010) sebagai rujukan bagi penulisan tesis. Anda boleh merujuk kepada pautan Panduan IPS UMP ini untuk maklumat lanjut IPS UMP Thesis Guide link for more details.

Latihan Gaya Sitasi di Perpustakaan UMP
Perpustakaan menawarkan latihan Citation Styles (APA Style) kepada semua pengguna Perpustakaan. Sila rujuk jadual di Portal Perpustakaan / UMP E-Community.