Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan pertandingan laman web bagi semua institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta jabatan-jabatan kerajaan sebagai usaha dalam meningkatkan mutu laman web/portal berkenaan. Selaras dengan usaha murni ini, Anugerah ICT yang merupakan salah satu hadiah yang dipertandingkan bagi program Hari Kualiti & Inovasi UMP. Anugerah ini diwujudkan bagi menghargai komitmen yang tinggi dalam menghasilkan portal yang kaya dengan maklumat terpilih dan sumber rujukan utama mengikut bidang selain membantu menjadikan UMP sebagai organisasi yang bermaklumat dan pusat rujukan organisasi –organisasi lain.
KATEGORI ANUGERAH AKNC
 
Hanya mempunyai satu anugerah sahaja. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf jabatan yang berjaya membudayakan kualiti secara menyeluruh.


Library Achievement

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (AKNC)
  • 2020: ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Penerima Anugerah)
  • 2018: Anugerah Kualiti Naib Canselor (Merit)