Select the appropriate journal, according to its specific area and specialties.

Panduan Pemilihan Jurnal

Untuk menerbitkan artikel jurnal, perlulah memilih jurnal yang sesuai dengan bidang khusus dan kepakaran. Anda boleh membuat semakan melalui alat di bawah;
1. Web of Science Core Collection (WOS)

Web of Science Core Collection™ merangkumi Science Citation Index Expanded™ (SCIE), Social Sciences Citation Index™ (SSCI), Arts & Humanities Citation Index™ (AHCI), dan Emerging Sources Citation Index™ (ESCI). Web of Science Core Collection termasuk hanya jurnal yang mempunyai penilaian yang baik daripada pihak editorial. Journal Citation Reports™ merangkumi jurnal daripada SCIE dan SSCI.

Senarai jurnal dari (https://mjl.clarivate.com/home) boleh digunakan sebagai alat bagi membantu anda mencari jurnal yang tepat dan jurnal berindeks mengikut bidang..
Bahan yang terdapat di Scopus adalah penerbitan bersiri yang mempunyai ISSN (International Standard Serial Number) seperti jurnal, siri buku dan beberapa siri persidangan, atau penerbitan bukan bersiri yang mempunyai ISBN (International Standard Book Number). Untuk membuat pencarian tajuk di Scopus perlulah melalui pautan ini ( https://www.scopus.com/sources ) atau muat turun senarai di bawah;

3. Excellence in Research for Australia (ERA)

Excellence in Research for Australia (ERA) adalah sistem penilaian yang dikendalikan oleh Majlis Penyelidikan Australia (ARC), yang bertujuan untuk mengenal pasti dan mempromosikan kecemerlangan penyelidikan di institusi pendidikan tinggi Australia. Penilaian dibuat setiap 3 tahun.

4. Malaysia Citation Index (MyCite)
MyCite menyediakan laporan sitasi dan bibliometrik penyelidik, jurnal dan institusi di Malaysia. MyCite merangkumi semua bidang di dalam Kejuruteraan, Perubatan, Sains (EMS) dan Seni & Kemanusiaaan dan Sains Sosial (AHSS). Sistem ini mempunyai pautan ke MyJurnal, Sistem Pengurusan Jurnal Malaysia, untuk mengekstrakdata bibliografik bagi paparan dan analisis bibliometrik. http://www.mycite.my/en/journal-selection-criteria

MyCite Journal List (.pdf)

Alat bantuan cadangan penerbitan jurnal

Anda juga boleh menggunakan alat cadangan jurnal penerbit. Buat pencarian tajuk, abstrak atau menggunakan kata kunci bidang penulisan anda. Hasil carian, anda akan mendapat cadangan senarai jurnal yang sesuai untuk bidang anda.

1. Springer Journal Suggester - suggest Springer journals only https://journalsuggester.springer.com/

2. Elsevier Journal Finder - suggest Elsevier journals only https://journalfinder.elsevier.com/

3. Wiley Journal Finder - suggest Wiley journals only https://journalfinder.wiley.com/search?type=match

4. IEEE Publication Recommender - suggest IEEE journals only https://publication-recommender.ieee.org/home