Katalog Perpustakaan UMP atau eFind (dahulu dikenali sebagai iportal) adalah katalog atas talian Perpustakaan UMP. Katalog Perpustakaan boleh di akses melalui https://efind.ump.edu.my. Ia menyediakan maklumat meliputi semua bahan-bahan yang terdapat di Perpustakaan.

Selain daripada pencarian maklumat bahan bercetak di perpustakaan, eFind membolehkan pengguna memperbaharui atau memaparkan bahan yang telah di pinjam, denda (jika ada), bahan yang ditempah, bahan yang telah melepasi tarikh akhir peminjaman dan sebagainya.

Selain daripada itu, dengan pengguna juga boleh menyusun dan menapis carian mereka dengan beberapa perkara yang sistem sediakan seperti lokasi, subjek, format dan jenis kandungan. Dengan menggunakan fungsi ini, pengguna boleh mendapatkan hasil carian dengan lebih tepat.
Image