Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Library has opened its membership to external users known as Public members.
Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang telah memperkenalkan keahlian kepada pengguna luar yang dikenali dengan nama keahlian Publik. Keahlian ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang dimainkan oleh Perpustakaan UMP dalam membina masyarakat berilmu di sekitar Pahang. Berteraskan pada ilmu kejuruteraan, Perpustakaan telah bersedia dengan pelbagai kemudahan untuk dibuka kepada orang awam menikmatinya. Keahlian ini membolehkan pengguna luar untuk mengakses ke Perpustakaan UMP di Pekan dan juga Gambang. Berikut adalah maklumat berkaitan keahlian.
  • Keahlian yang ditawarkan kepada komuniti setempat berhampiran UMP di daerah Pekan, Gambang, Kuantan dan sebagainya.
  • Keahlian ini terbuka kepada semua penduduk berhampiran atau komuniti setempat  tanpa mengira bangsa & agama.
  • Sasaran keahlian kepada pelajar sekolah Menengah / kakitangan awam & swasta / pelajar universiti awam & swasta / alumni / pesara / penyelidik, golongan kelainan upaya (OKU) dan komuniti setempat.
  • Kemudahan di Perpustakaan UMP adalah mesra OKU.

1. Matlamat Keahlian Publik

  • Mempromosikan UMP sebagai universiti pilihan utama.
  • Tanggungjawab sosial Perpustakaan UMP dalam memberikan khidmat rujukan kepada komuniti setempat.
  • Mendidik pengguna yang sukakan ilmu melalui penglibatan ahli dengan aktiviti Perpustakaan.
  • Mendekatkan pengguna dengan perpustakaan melalui tawaran perkhidmatan rujukan, ruang & kemudahan yang terkini lagi kondusif.

2. Syarat dan kelayakan

  • Lelaki & Wanita
  • Berumur dari 13 tahun ke atas
  • Warganegara & Bukan Warganegara
  • Perlu mematuhi peraturan di dalam kampus yang ditetapkan oleh UMP.

3. Pendaftaran

  • Pengguna yang ingin mendaftar perlu membayar caj pendaftaran, yuran tahunan dan deposit. Pembayaran perlu dibuat melalui sistem E-Pay atau transaksi perbankan atas talian sahaja. (Caj bergantung kepada kategori ahli. Sila rujuk jadual kategori ahli dan kadar caj yang dikenakan dibawah).
  • Salinan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan (depan dan belakang), salinan pas pekerja/kad pekerja, surat sokongan daripada majikan. 
  • 2 keping gambar bersaiz pasport.
  • Pemohon perlu mengisi borang dengan maklumat lengkap seperti nama, alamat terkini, emel dan nombor telefon.

4. Tambahan perkhidmatan

  • Ahli yang ingin meminjam buku akan dikenakan deposit (sila rujuk jadual kategori Ahli Publik serta kadar caj dan deposit).
  • Buku yang melebihi harga deposit tidak dibenarkan untuk peminjaman.
  • Maksimum jumlah bahan yang boleh dipinjam adalah 2 naskah dalam tempoh pinjaman 14 hari.
  • Kadar denda lewat pemulangan bahan adalah RM0.20 sehari bagi setiap naskhah.

5. Kemudahan

  • Tempahan ruang / bilik tayangan / bilik e-sport / bilik diskusi / ruang anjung / makmal tertakluk pada kekosongan.
  • Membuat rujukan pelbagai jenis bahan dalam pelbagai format. 
  • Kemudahan untuk membuat salinan fotokopi & cetakan 
  • Kemudahan untuk menggunakan surau /tandas / Bilik 24 jam
  • Peralatan untuk riadah seperti karom, catur, jenga, sahiba, monopoly, dam, congkak dan pelbagai lagi.

6. Terma Keahlian Publik Perpustakaan UMP

  • Sebagai Ahli Publik Perpustakaan UMP anda tertakluk pada terma atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Universiti Malaysia Pahang.
  • Ahli juga perlu membawa dan menggantung kad pintar bagi memasuki UMP dan juga Perpustakaan.
  • Segala kemudahan & perkhidmatan yang ditawarkan sebagai Ahli Publik akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa tertakluk kepada Universiti Malaysia Pahang.
  • Senarai pertambahan atau pengurangan langganan pangkalan data, jurnal dan e-book bergantung pada kelulusan UMP.
  • Pihak UMP berhak membatalkan keahlian Publik individu yang didapati melanggar syarat yang ditetapkan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang.
  • Keahlian sah untuk tempoh satu (1) tahun sahaja. Deposit pinjaman perlu dituntut dalam tempoh 6 bulan atau wang didermakan pada program MyGift UMP.
  • Pihak Perpustakaan UMP berhak meminda syarat keahlian dari semasa ke semasa berdasarkan sebarang perubahan yang ditetapkan oleh pihak UMP.
  • Penggunaan ruang tertentu tertakluk pada waktu operasi perpustakaan UMP.
  • Akses ke pangkalan data hanya boleh dilakukan melalui rangkaian UMP sahaja. Akses juga perlu dilakukan di dalam bangunan Perpustakaan melalui portal perpustakaan UMP. Sebarang masalah akses berkaitan portal dan EzProxy pihak pengguna perlu berurusan dengan pihak Perpustakaan UMP.

Jadual kategori ahli publik serta kadar caj dan deposit

Image

Hubungi kami

Unit Perkhidmatan Pelanggan

Sebarang pertanyaan sila hubungi
 
En. Mohd Amirul Mohd Amin
Tel: +609 431 6336
mohdamirul@umpsa.edu.my
(Pekan)
En. Mohd Azfarshah Azizan
Tel: +609 431 6331
shah@umpsa.edu.my
(Gambang)