Selamat datang ke Perpustakaan UMPSA

Nama Perpustakaan
Pusat Pengurusan Ilmu ditubuhkan pada Febuari 2022 sempena penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). Pada 8 Oktober 2007, KUKTEM dinamakan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan KMC dikenali sebagai Perpustakaan UMP

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang telah memperkenankan penjenamaan nama Universiti Malaysia Pahang kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah berkuat kuasa pada 14 April 2023.

Pada 30 Julai 2023, nama baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mula digunakan dan Perpustakaan UMP kini dikenali sebagai Perpustakaan Al-Sultan Abdullah Universiti Malaysia Pahang (UMPSA).

Perpustakaan
Pada tahun 2009, Perpustakaan UMPSA Gambang telah berpindah ke bangunan baharu dengan keluasan 6,000 meter persegi yang boleh menempatkan kira-kira 1,200 pengguna pada satu-satu masa.

Tahun 2012, Perpustakaan UMPSA telah berpindah ke bangunan tetap di Kampus Pekan. Dengan keluasan 16,000 meter persegi, ia mampu menampung seramai 3,000 pengguna. Bangunan baharu ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan sebagai sebuah perpustakaan universiti.

Koleksi Perpustakaan yang merangkumi lebih daripada 120,000 salinan bahan bercetak dan 3187 e-buku yang boleh diakses melalui Sistem Perpustakaan KOHA. Terdapat juga 109,768 tajuk e-buku, 24 pangkalan data & jurnal langganan yang boleh diakses melalui sistem EzProxy. Selain itu, Perpustakaan telah berjaya membangunkan pangkalan data sendiri seperti UMPSA-IR, eColLIB dan E-Exam untuk kemudahan pengguna. Melalui pangkalan data ini, pengguna boleh mengakses dari dalam negara (tempatan) atau dari luar negara (global).

Memanfaatkan perkembangan teknologi komunikasi terkini, Perpustakaan UMPSA aktif menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan Twitter untuk berkongsi maklumat terkini kepada semua pengguna.

Visi kami

"Perpustakaan Universiti Teknologi Terunggul"

Misi kami

"Membudayakan pengurusan pengetahuan bagi menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan berasaskan kebijaksanaan"

Objektif kami

  • Memantapkan program pengurusan ilmu bagi organisasi dan komuniti setempat.
  • Mengaplikasi teknologi terkini dalam pengurusan dan perkhidmatan.
  • Memantapkan koleksi berkualiti tinggi dalam bidang fokus dan kepakaran.

 

Image