Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kami berbesar hati dapat memberi perkhidmatan kepada pengguna Perpustakaan terutamanya komuniti UMP termasuk pelajar, pensyarah dan penyelidik. Adalah menjadi matlamat Perpustakaan untuk menyediakan bahan rujukan yang berkualiti dan menepati kehendak pengguna serta memberi akses bahan digital seperti buku dan jurnal elektronik melalui Portal Perpustakaan.

Di samping itu, Perpustakaan turut menyediakan ruang dan kemudahan yang kondusif bagi pengguna untuk belajar, menjalankan penyelidikan, membaca dan berkongsi ilmu. Perpustakaan juga menyediakan ruang bagi aktiviti rekreasi dan kafe untuk keselesaan para pengguna.

Koleksi dan ruang di dalam perpustakaan diuruskan oleh warga Perpustakaan yang mesra pelanggan dan berkebolehan dalam menyampaikan perkhidmatan maklumat bagi menyokong aktiviti-aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Warga Perpustakaan komited membantu dan berkerjasama dengan fakulti, jabatan dan pengguna bagi merealisasikan perkhidmatan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa.

Kami warga Perpustakaan menyediakan pasukan kerja yang kompeten dalam pengurusan maklumat dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan yang mesra pengguna serta meningkatkan akses kepada bahan-bahan digital.

Layarilah portal Perpustakaan UMP di http://umplibrary.ump.edu.my bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan, peralatan pembelajaran dan penyelidikan serta perkhidmatan lain.

Kami amat gembira dapat memberi perkhidmatan dan bekerjasama dengan pengguna Perpustakaan UMP seperti anda!
Image
CIK KAMARIAH GONO
Ketua Pustakawan
kamariah@ump.edu.my
 
Mesra . Ilmu. Digital

View Our
Public Membership Info