Maximize your research impact and ensure that you are credited for all your research output
Image
Profil Penyelidik adalah salah satu cara untuk meningkatkan kebolehlihatan penyelidikan dan maklumat tentang impak penyelidika. Sebagai pengarang, semestinya anda ingin memaksimakan impak penyelidikan dan memastikan setiap hasil penyelidikan anda diberi kredit. Dengan Profil Penyelidik, ianya membolehkan anda:

  • Meningkatkan kebolehlihatan dan kebolehcapaian hasil penyelidikan
  • Memastikan hasil karya adalah milik anda
  • Menggunakan profil yang sama walaupun anda menukar nama atau institusi
  • Menunjukkan “citation metrics” untuk hasil karya anda (“citation metrics” dapat dilihat dalam ResearcherID, Scopus Author ID dan Google Scholar tetapi tidak ORCID)
Profil Penyelidik yang boleh digunakan adalah:
Image
Open Researcher & Contributor ID (ORCID) adalah sistem pengecam digital yang menghubungkan anda dengan hasil penyelidikan anda.

Ia menyediakan profil dalam talian untuk menghubungkan anda ke profil anda yang lain, memberikan maklumat pengarang yang tepat dan maklumat penerbitan yang lain.

- OrcidID
- Register OrcidID
Image
ID Pengarang Scopus membolehkan anda mengesan hasil penerbitan anda yang telah diindeks di Scopus dan membina laporan metrik. Anda juga boleh menggunakan Scopus untuk mengikuti hasil kajian penyelidik dan institusi lain serta dapat mengenal pasti bakal penyelidik lain yang boleh anda berkolaborasi.

- Scopus
Cari penyelidik, penerbitan, jurnal, dan institusi.

Scopus Author ID
ID Pengarang Scopus dihasilkan secara automatik apabila anda sudah memiliki artikel yang diindeks di Scopus.

Menggabungkan ID yang lebih dari satu di Scopus.
Untuk tutorial sila di SINI

 

Image
Web of Science ResearcherID kini ada di Publons.

Publons adalah platfom baharu untuk mendapatkan maklumat profil penyelidik. Melalui Publons, anda boleh menambahkan penerbitan anda, mengesan petikan anda, dan menguruskan rekod Web of Science.

Publons & Web of Science ResearcherID

Link pendaftaran

Image
Profil Google Scholar adalah kaedah mudah untuk mengumpulkan hasil penerbitan (dan sitasi bagi penerbitan) supaya dapat dilihat dan dibuat rujukan. Setelah anda menyediakan profil, anda boleh memilih untuk mengemaskini penerbitan secara atomatik tanpa perlu menghabiskan banyak masa. Profil anda akan mendapat kedudukan halaman yang tinggi sekiranya ada orang lain yang membuat carian kepada hasil penulisan anda.

Google Scholar citation
Mulakan profil anda di sini

UMP Google Scholar Citation Profiles
Senarai profil publik untuk staf UMP

Contact us today and get your first

Consultation

Call us for any query

Pekan Library        
: En. Muhammed Fawwaz Abdul Rasid (mfawwaz@ump.edu.my / 09-424 5651)

Gambang Library :
: Pn. Affida Abu Bakar
(affida@ump.edu.my/ 09-549 3136)
: Pn. Sharifah Nazirah Syed Omar (snazirah@ump.edu.my/ 09-549 3140)

OR email us at
umplibrary@ump.edu.my