Image

SERAMBI ILMU RAKYAT [SIR] CORNER

Serambi Ilmu Rakyat [SIR] Corner sumbangan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) kepada Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dilengkapi dengan satu set perabot bersama 2 unit komputer. Melalui kemudahan ini pengguna perpustakaan boleh mengakses lebih 100 ribu koleksi digital di pangkalan data yang disediakan meliputi subjek seperti perniagaan, ekonomi, kewangan dan bacaan umum.

Antara pangkalan data yang boleh diakses oleh pengguna ialah Emerald, Overdrive (buku dan majalah digital), eLaw, BERNAMA Library and Infolink Service (BLIS), Rating Agency Malaysia (RAM) dan PressReader. Pangkalan data dan koleksi Serambi Ilmu Rakyat [SIR] boleh diakses di Aras Bawah, Perpustakaan UMP Gambang.

Semoga kemudahan dan sumber maklumat yang disediakan dapat digunakan sebaiknya oleh semua pengguna di UMP.

PANDUAN LOG MASUK

Image
Image
Image