Emerald's Research, Publication, And Networking, East Coast Edition 2023 (UMPSA) - 26 July 2023

Emerald's Research, Publication, And Networking, East Coast Edition 2023 (UMPSA) - 26 July 2023

Pada 26 Julai 2023, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang dan Emerald Publishing Malaysia telah mengadakan program Emerald's Research, Publication and Networking, East Coast Edition 2023. Acara yang berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 4:00 petang telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Gambang dihadiri oleh pensyarah, penyelidik, dan pelajar.

Program bermula dengan ucapan aluan dari Profesor Dr. Mohd Hasbi Bin Ab Rahim, Pengarah Kanan (Pusat Pengurusan Penyelidikan). Seterusnya program diteruskan dengan perkongsian bertajuk “Improving Manuscripts Acceptance Rate and Meeting Journal Expectations” yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Yudi Fernando dari Fakulti Pengurusan Industri. Melalui perkongsian ini peserta mendapat ilmu dan tips berharga yang boleh dipraktikkan sebelum memulakan penulisan artikel jurnal. Selain itu, peserta juga diberikan ‘rahsia’ untuk memenuhi kriteria yang diperlukan oleh sidang editor dan juga penerbit. Perkongsian sesi pertama ini turut diadakan secara langsung melalui Facebook Perpustakaan Universiiti Malaysia Pahang https://fb.watch/m0d2fEMFVa/?mibextid=NnVzG8.

Image
Image
Sementara itu, bagi sesi kedua pula, peserta berpeluang berinteraksi bersama Encik William Loh dari Emerald dan Profesor Madya Dr. Yudi Fernando dari Fakulti Pengurusan Industri. Topik perbincangan ialah "Research and Publication Discussion: how to achieve your publication KPIs". Sepanjang perbincangan panel dan peserta bersama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam penyelidikan dan penerbitan artikel jurnal.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Terima kasih kepada semua peserta yang dapat menyertai dan turut aktif dalam sesi soal jawab sepanjang program berlangsung. Semoga program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dalam memberi pendedahan kepada penulis berkaitan aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan.
Image
Disediakan oleh:


Pn. Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Unit Pendidikan & Penyelidikan
Disunting oleh:


Cik Amelia Hasan
Pustakawan Kanan

Cetak   Emel