Pameran Imunisasi Vaksin Dan Covid-19

Pameran Imunisasi Vaksin Dan Covid-19

Pameran Imunisasi Vaksin Dan Covid-19 telah diadakan secara maya mulai 9 Disember 2021. Pameran ini diketuai oleh Cik Nurulaida Abdul Shukor dari Seksyen Pendidikan dan Penyelidikan dan dibantu oleh Encik Muhammad Hanafiah Abd Aziz (Seksyen Pendidikan dan Penyelidikan) dan Encik Nik Ahmad Nasyrun Nik Abd Malik (Seksyen Perkhidmatan Pengguna). Pameran ini diadakan bagi memberi sedikit sebanyak maklumat umum yang perlu diketahui berkaitan vaksin dan Covid-19 dan sebagai sokongan kepada usaha kerajaan untuk program program vaksinasi Covid-19 yang telah bermula sejak Februari 2021 yang lalu.

Pameran ini turut memaparkan kepentingan mengambil vaksin COVID-19 untuk mengawal penularan penyakit COVID-19 yang mana apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi. Ini dapat membantu mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Pengambilan vaksin yang disyorkan bukan hanya dapat mengurangkan gejala serius dan kes kematian akibat jangkitan Covid-19, tetapi bukti terbaharu menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko penularan virus berjangkit itu kepada orang lain. Walaubagaimanapun, penerima vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti wabak itu tetapi kuantiti virus dalam badan pembawa adalah sedikit sekaligus menyebabkan kadar kebolehjangkitan atau R naught (Rt) semakin rendah. Vaksinasi memastikan penghasilan antibodi badan lebih awal bagi melawan penyakit berbahaya.

Melalui pameran diharap dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat ringkas berkenaan imunisasi dan vaksin Covid-19 kepada semua pengguna perpustakaan. Pameran ini boleh diakses secara maya di Portal Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang melalui pautan berikut: https://umplibrary.ump.edu.my/index.php/en/exhibition-collections/pameran-imunisasi-vaksin-dan-covid-19

Image
Image
Image
Image
Disediakan oleh:


Nurulaida Binti Abdul Shukor
Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel