Pameran Puisi Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 Tahun 2020

Pameran Puisi Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan Ke-63 Tahun 2020

Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba
(Tongkat Warrant: 1948)

Dalam usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil inisiatif menganjurkan pameran kemerdekaan bertajuk “Pameran Puisi Kemerdekaan” bermula 18 Ogos sehingga 30 September 2020. Pameran ini telah berlangsung serentak di Perpustakaan Pekan (Aras 2) dan Perpustakaan Gambang (lobi).

Image
Image

Pameran yang dikendalikan oleh Seksyen Pendidikan & Penyelidikan ini turut mendapat kerjasama daripada semua staf perpustakaan bagi menjayakannya. Hasil kreativiti staf perpustakaan telah berjaya menghasilkan susunan puisi-puisi dalam bentuk bendera Malaysia. 

Sebanyak 63 puisi bersempena 63 tahun kemerdekaan Malaysia telah dipamerkan. Antara hasil karya penulis puisi terkenal yang dipamerkan adalah Sasterawan Negara A. Samad Said dan Usman Awang atau lebih dikenali sebagai Tongkat Warrant. Selain itu, karya staf UMP juga turut dipamerkan di mana karya mereka diterbitkan di dalam buku berjudul “Kemerdekaan yang terhutang: antologi puisi merdeka UMP: 2012”.

Image
Image
Beberapa aktiviti diadakan sepanjang pameran seperti pameran buku berkaitan kemerdekaan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan, tayangan video deklamasi puisi kemerdekaan dan filem kemerdekaan, sudut pameran berkaitan Rukun Negara dan soalan kuiz.

Objektif pameran ini adalah untuk mengajak pengguna perpustakaan menghayati makna kemerdekaan melalui puisi dan memupuk semangat patriotik serta cintakan Negara di kalangan warga kampus. Pameran ini bukan sekadar hanya menghayati makna kemerdekaan tetapi juga memaparkan keindahaan bait-bait bahasa di dalam puisi. Ia mengangkat kesusasteraan dan bahasa dalam menterjemahkan erti kemerdekaan.
Image
Image

Pameran ini bukan sekadar hanya menghayati makna kemerdekaan tetapi juga memaparkan keindahaan bait-bait bahasa di dalam puisi. Ia mengangkat kesusasteraan dan bahasa dalam menterjemahkan erti kemerdekaan. 

Sejajar dengan norma baharu, pameran puisi kemerdekaan ini juga boleh diakses secara maya di portal perpustakaan melalui link berikut ;

Atas Talian: Pameran puisi kemerdekaan


Disediakan oleh:



Affida Abu Bakar
Pustakawan Kanan
Seksyen Pendidikan & Penyelidikan

Cetak   Emel