The Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAW

The Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAW

Image
The Miracles Of Fruits : Buah-Buahan Terbaik Dalam Sunnah Nabi SAW ’- Anisah Solehah Otsman (Editor), Muhammad Ismail, Luqman Ahmad (Penyusunan)

ISBN : 9789670932101
Penerbit : Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
No. Panggilan : BP184.9.D5 M57 2016
Berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis Nabi, dapat kita lihat kebiasaan Rasullullah SAW dan para sahabat menggunakan buah sebagai makanan yang dimakan sehari-hari . Kebiasaan ini bahkan dihubungkan dengan nilai tambah yang terdapat di dalam buah- buahan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan tubuh. Ada beberapa jenis buah yang selalu disebut di dalam Al-Quran dan al-hadis, di antaranya anggur, delima dan kurma.

Di dalam buku ini juga diterangkan kaedah pengubatan cara Rasulullah s.a.w. melalui makanan dan minuman, terutama sekali buah-buahan. Ia juga menerangkan asal usul buah tersebut serta kandungan gizi dari sudut sains. Terdapat kaedah perubatan lain yang juga diterangkan dalam buku ini berlandaskan sunnah dan hadis.

Secara peribadi, buku ini adalah bahan bacaan yang baik untuk dibaca oleh pembaca yang ingin mengetahui khasiat buah-buahan dengan lebih mendalam. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Sesuai untuk dijadikan bacaan seisi keluarga.
Image
Ulasan Buku Oleh :
Cik Nurulaida Abdul Shukor, Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel