Cikgu Kampung

Cikgu Kampung

Image
'Cikgu Kampung' – Shahidan Shuib

ISBN : 9789672038375
Penerbit  : MUST READ SDN BHD
No. Panggilan  : LA2301 .S53 2017 k c.2
Tahun diterbitkan : 2017
Muka surat  : 170
URL efind   : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89943
Buku ini berkisar tentang kehidupan seorang guru yang mengajar di kampung, yang masih dihormati oleh masyarakat kampung. Mempunyai 48 cerita pendek yang memberi peringatan kepada kita tentang beratnya tugas seorang guru. Bukan hanya memastikan pelajar mereka berjaya di dunia, tetapi yang paling penting adalah memastikan pelajar mendekatkan diri kepada Tuhan. 

Tulisan yang ditulis dengan terperinci ini berkisar kehidupan seorang guru. Pengalaman berharga bersama dengan murid yang menarik untuk terus membaca. Kisah ini perlu dibaca oleh semua golongan masyarakat, yang hanya dialami oleh seorang guru sejati.

Buku bertajuk ‘Cikgu Kampung’ ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat mendalami dan memahami tugas seorang guru dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu dan lelah. Ilmu yang diberikan dalam kepada seorang pelajar tidak ternilai harganya. Benarlah seperti kata penulis, “seorang guru banyak belajar daripada muridnya sendiri”.
Image
Ulasan buku oleh:
Pn. Roziati Razali, Penolong Pustakawan Kanan

Cetak   Emel