Panduan Lengkap Pelaburan Saham

Panduan Lengkap Pelaburan Saham

'Panduan Lengkap Pelaburan Saham' - Nor Akmar

ISBN : 9789671415207
Penerbit: Dea Marissa Resources
No. Panggilan: HG4521 .A36 2017 c.2
Tahun diterbitkan : 2017
Mukasurat: 224
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88699

Pengulas :
En. Sheikh Mohd Fikrun Haziq Sheikh Mohd Hanafi, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Image
Ramai yang mengetahui mengenai pelaburan saham tetapi tidak ramai yang mengetahui saham ini bukan hanya untuk orang kaya. Kita perlu mengubah persepsi kerana saham boleh memberikan kita peluang dan jalan baru menjana pendapatan ketika ekonomi yang semakin merunsingkan.

Buku “Panduan Lengkap Pelaburan Saham” ini merupakan sebuah buku panduan yang komprehensif, mudah, tepat dan jujur bagi semua yang ingin melabur dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.

Buku ini padat dengan kisah-kisah inspirasi mentor saham yang tersohor, kisah benar tentang pelabur saham yang diambil daripada pengalaman pelaburan sebenar dan kesilapan-kesilapan pelabur saham yang perlu dielakkan. Susunan gambar rajah, formula-formula dan contoh pengiraan yang efektif sangat membantu pelabur baru untuk menguasai teknik pelaburan dengan lebih berkesan.

Dengan membaca buku ini, pembaca akan mengetahui segala istilah-istilah saham yang selama ini menakutkan dan nampak susah tetapi rupanya peluang membuat duit yang sudah lama berada di depan mata.

Cetak   Emel